Saturday, May 21, 2011

Bagaimana guru membantu murid pintar cerdas?

i. Sediakan sumber atau BBM yang relevan dengan tahap intelek murid ini. Kandungan bahan mestilah lebih tinggi tahap  kesukaran berbanding bahan untuk rakan-rakannya yang lain.

ii. Ubahsuai tugas  untuk memenuhi keperluan murid. Misalnya dalam tugasan membina model bandar masa depan, murid cerdas melukis peta bandar tersebut, rakannya yang biasa menyediakan bahan-bahan. 

iii. Membantu perkembangkan tingkah laku dan akademik murid. 

iv. Sediakan jadual pembelajaran yang fleksibel berfokuskan akademik. Jadual yang anjal tidak engikat murid untuk belajar perkara yang dia sudah faham dan kuasai. Murid ini boleh tumpukan aspek lain sewaktu rakannya menyiapkan tugasan. Dia mungkin belajar matapelajaran lain atau berada di perpustakaan atau makmal komputer. 

v. Guru kembangkan interaksi sosial yang sihat di antara rakan-rakan dan pelajar ini. Wujudkan Pembimbing Rakan Sebaya atau Buddy system.

vi. Bantu murid adpatsi bahan kurikulum. 
vii. Teknik mengajar guru juga perlu disesuaikan.

viii. Guna model pengajaran berfokuskan potensi murid supaya seimbang akademik dan akhlak. 

viiii. Jawapan lain yang masuk akal diterima....

Bagaimana Guru Dapat Membantu Dapit (kategori Lembam)

Guru perlu berusaha membantu murid lembam. Guru perlu mengetahui punca masalah dan merancang pelan tindakan yang sesuai. Seterusnya melaksanakan P&P yang telah diubahsuai ini.  Buatlah penilaian samada kaedah yang dipraktikkan berkesan atau tidak.

i. Mengubah pengajaran yang abstrak kepada yang konkrit. Misalanya mengajar mengira menggunakan BBM benda maujud seperti batu, guli, biji getah, bongkah, getah gelang, alat tulis....

ii. Elakkan membuat generalisasi (kenyataan secara umum). Contoh-contoh yang diberi guru mestilah konkrit, khusus, paling dekat dengan persekitaran murid dan kontekstual, bukan konseptual. Misalnya jika murid tinggal di kampung, berikan contoh yang ada di kampung. 

iii. Arahan guru mestilah pendek, tepat, jelas dan padat. Elakkan guna ayat kompleks dan laras bahasa yang tinggi.

iv. Jalankan pembelajaran masteri (Mastery Learning). Ajar murid sesuatu kemahiran sehingga dia kuasai, barulah teruskan ke topik berikutnya. Misalnya selagi murid belum kuasai operasi tambah dalam lingkungan 10, tidak perlu teruskan ke lingkungan 50. 

v. Memberi motivasi kepada murid. (Motivasi ekstrinsik). Guru memberi ganjaran material, pujian dan rangsangan kepada murid. 

vi. Menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI), iaitu P&P khusus untuk murid ini yang akan dilaksanakan di luar bilik darjah murid tersebut.

vii. Galakan dan perbincangan dengan ibu bapa murid juga boleh dibuat. Misalnya ibu bapa meningkatkan perhatian kepada anaknya dalam aspek psikologi, fisiologi, biologi, emosi dan jati diri.

jawapan untuk soalan Dapit

simptom lain yang mungkin dihadapi oleh Dapit:

i. Kurang berupaya mengumpul maklumat. Seterusnya tidak mampu memproses maklumat tersebut.
ii. Sukar mengingat dalam  jangka panjang dan jangka pendek. 
iii. Tahap IQ pada tahap sederhana atau lebih sedikit tahap sederhana.
iv. Sukar memberi fokus kepada proses pembelajaran. 
v. Sukar bergaul dan berkongsi maklumat dalam kumpulan. 
vi. Tidak dapat memberi pandangan terhadap sesuatu isu atau persoalan dalam perbincangan.
vii. Lambat membuat keputusan.
viii. Suka bergantung kepada rakan sebaya untuk bertindak. 
ix. Kategori lembam (Slow learner).

Friday, May 20, 2011

SITUASI


Situasi: Anda adalah seorang guru yang mengajar sebuah kelas di mana  terdapat:  

i.  Achom, murid yang  kerap memulakan pergaduhan, berlari keliling bilik darjah apabila guru sibuk melayani murid lain, sentiasa sibuk bergerak seolah-olah digerakkan oleh motor dalaman dan  tidak pernah letih.
Huraikan  punca berlaku masalah pembelajaran Achom. Cadangkan kaedah guru mengatasi masalah ini.

ii. Julala, murid yang bermasalah artikulasi. Menyebut nacik untuk nasi, ba ang untuk barang dan ammanimal untuk animal. Juga sering memanjang sebutanatau mengulang perkataan seprti baaapa untuk bapa. 
Huraikan  punca berlaku masalah pembelajaran Julala. Cadangkan kaedah guru mengatasi masalah ini.

CIRI-CIRI FIZIKAL KANAK-KANAK SINDROM DOWN (SD)


SD adalah suatu kejadian semulajadi sewaktu kehamilan disebabkan kromosom tambahan pada kromosom 21. Individu SD  memiki 47 kromosom dan bukan 46 seperti individu normal. Salah satu punca ialah kehamilan pada usia 35 tahun ke atas.

Ciri-ciri fizikal:

i.  Muka leper
ii. Batang hidung kemek
iii. Mata serong ke atas. Ada lipatan kecil kulit di tepi sebelah mata.
iv. Kedudukan telinga rendah daripada individu normal
v. Bahagian belakang kepala yang rata
vi. Saiz muut kecil
vii. Lidah tebal, lebar dan kadangkala terjelir
viii. Tapak tangan lebar. Terdapat satu garis di permukaan tapak tangan
ix. Jari-jari tangan yang pendek. Jari kelengkeng membengkok ke dalam.
x. Jari jari kaki pendek. Jarak ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh.
xi. Tapak kaki lebar.
xii. Otot-otot badan yang lemah.
xiii. Anggota badan agak lemah dan lembik.

KKM mencadangkan kanak-kanak SD perlu diperiksa oleh pakar seawal mungkin.

 Agensi yang dapat dihubungi.
1. PERSATUAN SINDROM DOWN MALAYSIA, No 79, Lingkungan U-Thant, 55000 Kuala Lumpur.
2. YAYASAN KIWANIS DOWN SINDROM. No 28, Jalan Kampar, 41300 Klang, Selangor

soalan seakan soalan peperiksaan sebenar


1. Terangkan 3 aspek dalam Teori Perapatan (Theory of Attachment)

i. Semua haiwan dan manusia dilahirkan dengan isyarat semulajadi yang mempengaruhi perkembangan tingkah laku sosial seperti mendekat / merapat  kepada orang yang dikenali dan didampingi.

ii. Hubungan perapatan yang erat akan mempengaruhi kehidupan sepanjang hayat individu seperti hubungan utuh ibu dan anak.

iii. Perapatan yang terbentuk dari jalinan kasih sayang akan mengeratkan lagi hubungan di antara dua orang ( ada unsur dalaman)

2. Cadangkan 2 cara bagaimana guru boleh mengeratkan hubungan dengan murid berdasarkan Teori Perapatan.


 i. menambahkan kekerapan interaksi dengan murid.
ii. menambahkan keyakinan perhubungan guru-murid.
iii. guru memahami keperluan dan harapan murid.
iiii. guru meningkatkan kepercayaan terhadap murid.
v. interaksi yang tekal/konsisten/istiqamah 
vi. guru sebagai profesional menjadi pakar rujuk/ mentor/ kaunselor/patron
vii. Selalu mengambil berat masalah murid, selalu bertanya, prihatin,
viii. Kemahiran komunikasi berkesan seperti mendengar dengan aktif dan berempati
ix. Guru memiliki KKE yang tinggi.


3. Dapit menghadapi masalah pembelajaran Matematik. Dia sukar mengingat makna untuk symbol +, -, X, ÷ dan =.  Dia juga sukar mengikut urutan dalam menyelesaikan masalah.  Akibatnya dia sukar menyelesaikan masalah matematik. 

Jelaskan 4 simptom lain yang mungkin dialami Dapit.
Anda ingin membantu Dapit. Bagaimana anda dapat melakukannya?

PEPERIKSAAN KURSUS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)



Peperiksaan Mei 2011. Format kertas adalah seperti berikut:

Bahagian A: 20 soalan aneka pilihan (ABCD) (20 markah)
Bahagian B : 4 soalan struktur. Dibahagikan kepada 1a, 1b, 2a, 2b, 3a, 3b, 4a dan 4b.  (40 markah)
Bahagian C : 3 soalan esei. Pilih 2 soalan.  Dibahagi kepada 1a, 1b, 2a, 2b, 3a & 3b. (40 markah)
Masa : 2  ½ jam

Bagi Bahagian A, skop kandungan yang diuji adalah luas. Namun jangan abaikan sama sekali topik peringkat-peringakat perkembangan   dan teori berkaitan. Termasuk perkembangan kendiri. Paling banyak soalan biasanya pada topik kanak-kanak berkeperluan khas. Carilah jawapan terbaik di antara ABCD.

Bagi Bahagian B, sila jawab dengan menisi tempat kosong. Wajaran markah ditunjukkan di setiap soalan.  Bisanya soalan menyatakan kuantiti jawapan yang dikehendaki. Misalnya nyatakan 5 jenis kanak-kanak berkeperluan khas. Maka berikan 5 jawapan. Jika anda menulis jawapan ekstra, itu digalakkan. Mungkin dapat membantu jika jawapan yang lain tidak tepat.  Bagi soalan yang memberi markah 4, sedangkan memerlukan 2 jawapan sahaja, berikan sedikit huraian atau contoh.

Bagi Bahagian C, pilih 2 soalan daripada 3 soalan.  Bagi setiap pecahan soalan, diberi 10 markah. 
Berikan sekurang-kurangnya 5 isi dan 5 huraian. Contoh-contoh sangat digalakkan. Anda juga boleh menerangkan jawapan dengan menyertakan alat berfikir seperti pengurusan grafik. Jadual, graf, carta aliran, gambarajah dan sebagainya dapat membantu memantapkan hujah. Selain itu ia menunjukkan anda berfikir secara analitikal, dan bukan merapu...

Semoga Berjaya dengan cemerlang!